amalan sayur pahit

assalamualaikum :D 

(sengih-sengih)

ini entry ke tiga untuk hari ni . haha eksaited aku . bukan per , bila hari malas tu datang , aku langsung tak de mood nak hupdate blog nih . habis berhabuk sakan . kumam kuman berkeliaran . sooo , time hari RAJIN sedunia ni datang lah aku nak hupdate blog . kih kih kih . naper ? tak suka ? tak suka sudaaa . huh !

entry ketiga kali nih aku nak kongsi ngan korang tentang sayur sayur pahit yang sememangnya bukan pilihan korang untuk di makan mase lunch and dinner kan ?  betul tak ? betul kan ? tak baik tipu . malahan ramai yang lupa tentang khasiat tersembunyi yang ade kat sayur sayur nih . nak tau lebih lanjut ? teruskan bace entry nih ^^



PERIA


meskipun rupanya menggerutu , peria mempunyai khasiat antaranya rendah kalori , fiber tinggi , vitamin B1 , B2 , B3 , C , magnesium , asid folik , zat besi , fosforus , dan manganese . peria sesuai untuk pesakit diabetes sebagai pengganti insulin . juga baik untuk mata , membersihkan hati , membina sistem imun , dan mengatasi buasir . 

mungkin tak ramai yang suka makan peria ni kan ? termasuk lah aku . tapi mak aku nih bijak orangnya . hehe beliau nak bagi anak anak beliau makan peria , beliau masak peria nih dgn masakan lain . contohnya , beliau selalu goreng peria dengan tepung kentucky . potong peria nipis nipis , then salut dengan tepung kentucky . pastuh goreng . sedap gila ! korang try lah . rse macam kopok double decker . HAHA 


peria goreng :)


BUAH MENGKUDU 


buah mengkudu ni du gelar buah ajaib kerana di katakan dapat merencatkan pertumbuhan sel sel barah . selain itu , ia mempunyai kesan analgesik iaitu penahan sakit , antiseptik , dan menghalang pertumbuhan parasit serta kulat . juga membantu meredakan tekanan darah tinggi , senggugut , artritis , ulser , kencing manis , buah pinggang , pundi hempedu dan urat saraf .

korang taw keh buah mengkudu nih ? aku penah dengar jeh nenek atok aku sebut sebut . tapi tataw plak rupa buah mengkudu nih camneh . sampai la aku mintak tlg pakcik google search rupa buah mengkudu . gambo atas tuh la hasilnyerr . 

DAUN PECAH BELING


daun pecah beling telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser , kencing manis serta batu karang dan agen diuretik . sayur ni mempunyai kandungan mneral yang tinggi seperti kalium (51 peratus) , kalsium (24 peratus) , natrium (24 peratus) , ferum (1 peratus) dan fosforus (1 peratus) .  daun pecah beling juga mengandungi vitamin C , B1 , B2 ,ketekin dan tannin .  

errr . daun pecah beling nih aku tak penah dengar langsung . tapi bila aku tanye mak abah aku , dorang memang kenal daun nih . so maknenyer daun nih memang wujud kat dunia nih . aku jeh yang tak berpengetahuan luas . :(


PETAI


petai dapat merawat hati , bengkak buah pinggang , kencing manis dan membunuh cacing dalam perut serta usus . daunnya pula boleh merawat demam kuning . menariknya , ramai yang mengamalkan memakan petai untuk membersihkan toksin dalam badan . 

okay , petai . takan korang tak kenal kot rupa petai camneh . gedik ah . ramai jugak yang menggemari petai nih . sedap di buat ulam cecah ngn sambal belacan . perghh ! eh , aku pon makan petai lahh ! lagi sedap bila korang rajin masak sambal petai . hohoho 


perut aku da bunyik bunyik dahhh ! terliur den .

yang tak sedap pasal petai nih bau dye lah kan . bila korang buang air kecik mesti berbau . hahaha bushukkkk !

akay sedikit jeh yg aku dapat share ngan korang . len kali aku share lagi :)

bubbye . take care yaw !




0 bisikbisik: