4 Golongan Lelaki Yang Masuk Neraka Kerana Seorang Wanita

Assalamualaikum semua.

Entry ni adalah entry curi-curi masa tengah kerja. Biasalah  macam biasa dah terbiasa tinggalkan blog lama-lama tak berhapdate. Nasib baik kat office tadi takde banyak kerja sangat. Bolehlah aku lepas rindu nak apdate kejap. Tu pon cilok entry orang lain. Eh, bukan cilok. cuma copy je. HEHE Benda baik kena share kan? Bukan diperappp pap pap. Peace yaww! 

Panjang sangat mukadimahnya. So, tadi masa tengah main tenet jap tetiba aku tertarik dengan satu artikel ni. Pasal golongan lelaki yang check in neraka jahannam sebab seorang wanita. Yaaaa WANITA ! Let's check it out !

1) Ayahnya
Apabila seorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya ke neraka jahanam.

2) Suaminya
Apabila serang suami tidak mempedulikan tindak-tanduk isterina. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang yang alim (solat tidaj bertangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka jahanam.

3) Abang - abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke atas abang - abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya ke neraka jahanam.

4) Anak Lerlakinya
 Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya. 

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malahan di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar. 

Firman Allah SWT : -

Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda…kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.





Sekadar Renungan,
Hanani Nadri :')










0 bisikbisik: