Asas Tentang Agama Itu Sangat Penting.

Assalamualaikum.










Tajuk post kali ni sedikit islamik. Bukan niat nak tunjuk alim, baik, ustazah pilihan ke apa. Cuma nak share ape yang aku rasa dan pengalaman aku sendiri. Aku cuma manusia biasa yang sedang berusaha mengubah diri ke arah yang lebih baik dan diredhai. Ilmu kat dada pon tak banyak lagi. Tapi entry ni dibuat bertujuan nak SHARE something yang aku rasa semua orang perlu tahu dan setiap orang ada pendapat mereka sendiri. So, kalau ada apa-apa kesilapan pada entry ni, tolonglah tegur sebaik-baiknya :D Peace yaww!

Okay, kita proceed. Aku tahu mesti ramai di antara kita semua masa kecik-kecik dulu around 7-12 tahun pernah bersekolah agama. Ala sekolah yang kalau murid perempuan kene pakai kain warna hijau and murid lelaki pakai sampin warna hijau. Tahu kannnn? Masa kat sekolah agama dulu kita di ajar membaca jawi, menulis jawi, basic bahasa arab, basic tajwid, sirah Rasulullah, akhlak, fiqh & etc etc kan? And, sampai sekarang apa yang di ajar masih melekat dikepala aku ni. Cuma bahasa arab dah lupa sikit-sikit. hikhik 

Semua yang di ajar masa sekolah agama adalah tentang basic sahaja. Basic tajwid, hukum-hakam yang mudah dan lain2. Walaupun just basic je, tapi aku rasa benda ni sangat penting untuk kanak-kanak. Atleast dia tahu nak beza mana baik & mana buruk, mana perlu diikut & mana tak perlu diikut.

Sebagai contoh, sekarang kan aku ada buat kelas tuition for kids around 6-12 yeras old. Kira untuk budak-budak elementary school lah.
 ----------------------------------------------------------------------------------------
Situasi 1 :
Si Fiena (darjah 2) ni biasa bila datang tuition, memang tak pakai tudung. Cuma pakai biasa-biasa je (tshirt + seluar panjang). Then, satu hari ni tiba-tiba dia datang tuition pakai tudung, baju pon sopan. Aku pun pelik sebab tiba-tiba je. 

Aku : Eh? Kenapa hari ni tiba-tiba Fiena pakai tudung?

Fiena : (Sengih-sengih) Semalam ustazah kat sekolah agama cakap perempuan wajib tutup aurat. Aurat perempuan dari hujung rambut sampai hujung jari kaki. Kecuali muka dan tapak tangan. 

Lepas tu tetiba si Alya (darjah 2, sepupu Fiena) sambung.

Alya : Haah, ustazah cakap kalau tak tutup aurat nanti masuk neraka pastu Allah bakar rambut dia dengan api neraka. ishh, takutnya!

-------------------------------------------------------------------------------------------

Situasi 2 :

Perkara ni berlaku masa aku kerja kat kedai baju area rumah aku. Masa tu ada lagi dua orang pekerja lain yang kerja kat kedai baju tu. Tapi dorang dah kira senior lah. Nak dijadikan cerita, kedai baju tempat aku kerja tu selang 3-4 kedai (ingat2 lupa) dari kedai jual nombor ekor. Memang selalu lah nampak manusia-manusia bukan Islam beli nombor. Yang Islam tak tahu lah pulak kann. Kebetulan, pekerja senior India kat kedai baju tu selalu beli nombor. So, aku pon ambik kesempatan tanya dia apa yang patut. Bukan tujuan aku nak main nombor jugak eh. Haram tahu ! 

Aku : Thilaga, you main nombor ni penah kena ke?

Thilaga : Penah, dulu satu kali. Saya kena 5 ribu. saya share sama amma.

Tengah syok sembang2 dgn Thilaga pasal kemenangan dia, tiba-tiba senior lagi sorang datang menyampuk. 

Kak Z : Huiyoo. Syok tu. Kalau menang lagi banyak lagi best. Kalau akak menang akak nak beli kereta satu. Tak payah pinjam orang lagi. 

Aku dah pelik kenapa Kak Z cakap macam tu. Cara dia cakap macm dia pernah join game nombr ni. Jadi aku pon ape lagi. Korek lah rahsia dia.

Aku : Errr, Kak Z penah main ke?

Kak Z : Tak penah. Boyfriend akak yang main.Dulu dia penah menang dekat 10k jugak lah. Duit tu kitorang guna shopping bla bla bla bla bla.

Aku : Boyfriend? 

Kak Z : Haah, kenapa?

Aku : Orang Islam mana boleh main nombor kak. Tu judi. Haram. Kalau kita guna duit tu dikira kita makan duit haram.

Kak Z : Memang lah haram. Tu kalau kita guna untuk makan. Kita jangan lah guna duit tu untuk makan, kita gunalah buat beli benda lain. Kereta ke, rumah ke bla bla bla bla. Tu takpe laaaa.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Mase tu aku dah tak reti nak cakap ape. Rase macam nak menagis pon ade. Betapa ceteknya pemikiran dia tentang hukum hakam. Bukan aku nak cakap aku dah cukup bagus. Tak ! Tapi soal duit yang kita dapat daripada hasil judi dah terang-terang hukumnya haram. 

So, nampak tak apa yang aku nak sampaikan tentang asas agama yang sangat-sangat penting ni? Nampak tak beza pemikiran kanak-kanak kecik yang bersekolah agama (ada basic) & perempuan dewasa yang takde basic langsung? Tersangat lah berbeza! T__T

Muhasabah,
Hanani Nadri :')

1 bisikbisik:

Iera balqis said...

nice entry dear..keep it up on blogging yea..If u free time visit my new entry yea..tq dear ;)