kenali diri saya :)

assalamualaikum :)

err tajuk entry aku macam nak carik bakal suami pulak kan ? haha gila hape ? aku muda lagi okeee . belajar pon tak habis lagi . takkan nak harap spm jeh kot kan ? mesti kne belajar tinggi tinggi dulu . baru boleh kawin . lame lagi hoyyyyy ! HAHA



okay , jom kenal aku dengan lebih dekat lagi :)

  • aku boleh tidur terlalu lama (kalau penat sgt) dalam masa yang sama boleh tahan berjaga sampai pagi pagi buta (hebat tak aku ?)
  • habit sebelum tidur , suka goyang goyang kan kaki dulu and belai belai rambut sendiri . kalau tak , memang susah nak tidur .
  • lagi satu , sebelum tidur aku mesti kene tegangkan cadar aku setegang tegangnyer . baru selesa nak tidur . 
  • akan mengambil masa yang lama bila dah masok toilet . 
  • tak memilih makanan . makan ape yang boleh di terima anak tekak . 
  • tak makan sayur (lagi lagi taugeh) . tapi makan ulam :) . 
  • tak suka air soya . benci ya amat . 
  • susah nak minum susu . sikit sikit boleh lah .
  • suka gila dengan air laici and kelapa :)
  • kurang suka benda manis manis . manis sikit takpe .
  • boleh hidup tanpa make up .
  • aku tak reti and tak pernah pon pakai eye liner / celak .
  • simple bila berpakaian . lebih suka pakai baju kurung (ikot situasi lah) .
  • tak reti pakai hndphone canggih canggih nih . kadang kadang terasa takot nak pegang . haha
  • takot terhadap haiwan yang berbulu . terutamanya kucing dan tikus .
  • lipas , lipan dan sewaktu dgnnyer pon aku takot jugak . normal la tuh . pompuan kan ? :)
  • tak pernah berkaraoke . wayang selalu lah .
  • gila kentang . tak kira masak hape pon . aku bedal . 
  • suka gelak kuat . 
  • jenis tak tahan sakit . luka sikit kat jari pon aku boleh mengaduh macam patah jari . 
  • gila novel dan komik . lagi lagi terbitan alaf 21 and komik terbitan gempak starz . 
  • suka main sudoku .
  • bukan penggemar coklat macam orang lain . tapi kalau orang dah hulur , aku bedal jugak .
  • tak pernah habis kalau makan ais krim . kadang kadang cornetto mini tuh pon aku tak habis . lagi lagi yang bersusu . 
  • suka minyak wangi .
  • pemalu gila (tolong percaya) kahkahkah !
  • liat bangun pagi . haha
  • suka tangguh kerja . ah . macam korang tak pernah .
  • cepat suka orang . cepat jugak tak suka orang .
  • cepat menggelabah kalau ade benda tak kena .
  • malas gila nak pergi kedai . kalau mak suruh baru pergi . nak topup pon soh adik yang pergi topupkan . baik tak aku ?
  • tak pandai bawak moto dan tak pernah belajar .
  • suka budak budak :) aww !
  • suka kumpul benda benda comel . 
  • tak memilih warna . warna pape pon aku suka . asalkan cantik di mata .
  • tidak suka tidur dalam keadaan yang gelap gelita . kene terang sikit baru boleh tidur .


    fuhhhhh ! penat lah list kan semua nih . banyak lagi aku rase yang tak aku senaraikan . tapi lupa plak . takpe lah , bila aku dah ingat , aku edit dari semasa kesemasa . 

    okay dah habis 
    byebye :)


    2 bisikbisik:

    Ku Azhar said...

    ajaib tol xmkn aiskrim! hehehe :D jaga badan ke?

    hanani nadri said...

    @Ku Azhar haha bukan tak makan , tapi kalau makan gerenti takkan habis . even cornetto mini :)