tip makeup semula jadi :)

assalamualaikum :)

sihat ke semua ? harap harap sihat la yerr ? cepat ucap alhamdulillah ! hee dengan bangganya hari nih aku buat lagi satu entry yang aku rase sume gadis2 , wanita2 menggemarinya . HAHA ayat nak HOT jeh aku nih . okay , mungkin ramai gadis2 , wanita2 seluruh dunia nih (cehh!) lebih gemar diri tampil dengan solekan yang tipis dan semula jadi seolah olah tanpa secalit makeup ponn kan ? lagi lagi cuaca kat Malaysia nih yang agak panas sepanjang tahun (ker korang penah nampak kat Malaysia nih ade salji turun) hee . 

semalam mase aku dok dalam bilik tengah bosan , ade lah aku terRAJIN nak belek belek megazine adik aku , tiba tiba terbaca satu tip yang ade kat dalam megazine tuh . aku rase tip nih amat lah berguna untuk sape sape yang suka makeup yang nampak original . okay sekarang aku nak share ngn korang . sharing is caring :)




1
BERSIHKAN KULIT 




sebelum memulakan sebarang makeup di muka , sebaik baiknya cucilah muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit korang . kalau kulit berminyak , cari pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak . begitulah jugak sebaliknyer . wajah yang bersih memudahkan mekap untuk tampak sekata . bersihkan wajah then lembapkan kulit dengan pelembap terbaik untuk kulit .




2
TINTED LOTION


cara mudah , terpantas dan ketara semula jadi ialah dengan menyapu losen pelembap berwarna yang mempunyai tabir suria . losen pelembap berwarna TAK SAMA dengan foundation taw ! ingat tuh :) tak kira lah kulit wajah korang warna ape pon , losen pelembap boleh diibaratkan foundation . 

3
TUTUP CELA



untuk menutup cela pada wajah korang , tak kira lah parut jerawat or pape ponn atau lingkaran gelap kat bawah mate tuh , gunakan concealer yang lebih kurang dengan warna kulit korang . helah menggunakan consealer adalah jangan meletakkannya terlalu banyak . untuk di bawah mata plak , tekapkan jeh ngn hujung jari untuk meratakannya .

4
BEDAK  TABUR




jika korang berdepan dengan kulit berminyak , tutup dengan bedak penyerap minyak . gunakan berus dan diikuti dengan sapuan bulatan adalah cara yang betul . 

5
PEMERAH PIPI




pemerah pipi jenis krim berwarna jingga atau merah jambu memberi wajah semula jadi . sapu pemerah pipi berwarna merah jambu gelap dengan jari dan ratakan dalam gerakan bulatan . then , tarik tulang pipi dengan warna yang lebih cerah untuk nampak lebih kemas .


6
TERANG


untuk memastikan korang menggunakan pilihan warna semula jadi yang sesuai atau sebaliknya , lakukan di dalam cahaya yang terang . korang bleh gak letak cermin nerdekatan ngn tingkap untuk lebih terang . haha


7
TARIKAN KELOPAK MATA



warna kecoklatan yang lembut mampu menambahkan kontur kelopak mata dengan semula jadi tanpa menggunakan pembayang mata . sapu dengan lembut di tengah kelopak tulang kening dan sekeliling mata .


8
CELAK



jika korang nak jadikan mata korang lebih tarikan , terangkan mata dengan celak berwarna coklat gelap di antara bulu mata . ni dinamakan trick buat sape sape yang bermata sepet :)


9
PENGILAT BIBIR / PELEMBAP BIBIR WARNA LEMBUT






pelindung bibir seperti pelembap bibir adalah pilihan bijak untuk nampak betul betul semula jadi . sapu dengan jari berbanding terus menggunakanya dari tiub . fokus pada bibir tengah then sapu rata ke bahagian luar .


10
BULU MATA




korang hanya perlu sapu maskara sebanyak 2 kali jeh . tak payah pakai bulu mata palsu . kate nak original kan ? buat peh pakai palsu palsu nih ? hehe sapu maskara bermula dari akar hingga hujung bulu mata .



okay tuh adalah 10 tip yang aku dpt share ngn korang . try la yerr . mesti korang akan nampak lebih soft dan original gituu ! ^^

SELAMAT MENCUBA !

bye bye :)

CREDIT TO : MAJALAH KLIK :)



























1 bisikbisik:

Unknown said...

These are very cute makeup tips photos

Actress Makeup