bila lapar tengah tengah malam -..-

asslamualaikum -.-

 saje je aku letak gambo abang nikhun kesayangan ni .
sedap mata memandang , perut pon turut kekenyangan bila tengok senyuman manismu abang nikhum :P



okay . kita lupa kan kejap pasal abang nikhun . mari sini aku nak share dengan korang apa yang aku bedal bila aku lapar tengah tengah malam . korang tak pernah ke bila tengah syok buat esaimen , tetiba perut korang berbunyi kompang bocor mintak di isi ? pernah tak ? tak kira lah masa tuh korang tengah buat hapee pon . bila perut bunyik bunyik mesti rasa annoying kan ? 

masa tuh mula lah mulut terkumat kamit merungut " eh , kau perut apahal lah tengah tengah malam ni kau nak berbunyi pulak " 
mula lah jugak kau nak menyalahkan perut kau yang tak bersalah tuh. puihhhh ! -..-

tengok jam dah pukul 12 am ++ . mana nak carik makanan ? lain lah kalau kau rajin nak pi dapur sat masak nasik goreng tomyam ke , chicken chop ke , char kue teow ke kan ? 
lain lah jugak kalau kau anak orang kaya nak order menu delivery . kalau aku memang tak lah . membazir sajee . lebih baik aku tahan lapar .

tuh lain cerita lah . macam mana pulak kalau kau duduk hostel ? atau kau jenis manusia yang sedikit pemalas nak masak bila perut lapar tengah tengah malam nih ? *ayat ni aku tuju khas untuk diri aku sendiri :)

kalau aku lah kan . bila perut mintak isi tengah tengah malam  memang tak lah aku rajin nak masak . HAHA 
sebab tuh kat rumah or kat kolej aku dah ready awal awal jajan jajan . senang sikit . tak payah aku sengsara tahan kelaparan . kahkah .

 ready made mushroom soup : yummy !
tapi jangan makan selalu tahu . banyak MSG !! kau jangan tertipu dengan statement kat kotak kata NO ADDED MSG . tu konon jeh tuh . kalau takde MSG , tak sedap punya mushroon soup tuh . tuihhhh !
kalau kau nak kepala kau botak sebelum tua , di persilakan makan banyak banyak :P




 kuih raya . memandangkan stok kuih raya kat rumah aku masih menggunung , tak salah kalau aku nak tolong mak aku menghabiskan segala kuih raya yang ada . kahkah
lebih jimat masa bukan ? tak payah aku susah payah main masak masak kat dapur :P

okay . apa pulak menu korang bila lapar tengah tengah malam buta ? ketupat dengan rendang ayam ? biskut mayat ? mari share dengan aku :)

much love , 
hanani nadri :D 


p/s : jangan biasakan diri makan jajan banyak banyak . tak elok untuk otak . sekali sekala macam aku takpe :P










 


3 bisikbisik:

mirakim said...

balun megi la ape lagi..
ahaha

Si Manis Butterfly said...

ala cian nye lapo ek???
pasni simpan stok mknan byk2 t bl lapo tgh mlm senang....paling utama maggie.....

doubleFF said...

biasa la tuu, kalau dah lapar, apa makanan pun kita masuk :p