Asas Tentang Agama Itu Sangat Penting.

Assalamualaikum.










Tajuk post kali ni sedikit islamik. Bukan niat nak tunjuk alim, baik, ustazah pilihan ke apa. Cuma nak share ape yang aku rasa dan pengalaman aku sendiri. Aku cuma manusia biasa yang sedang berusaha mengubah diri ke arah yang lebih baik dan diredhai. Ilmu kat dada pon tak banyak lagi. Tapi entry ni dibuat bertujuan nak SHARE something yang aku rasa semua orang perlu tahu dan setiap orang ada pendapat mereka sendiri. So, kalau ada apa-apa kesilapan pada entry ni, tolonglah tegur sebaik-baiknya :D Peace yaww!

Okay, kita proceed. Aku tahu mesti ramai di antara kita semua masa kecik-kecik dulu around 7-12 tahun pernah bersekolah agama. Ala sekolah yang kalau murid perempuan kene pakai kain warna hijau and murid lelaki pakai sampin warna hijau. Tahu kannnn? Masa kat sekolah agama dulu kita di ajar membaca jawi, menulis jawi, basic bahasa arab, basic tajwid, sirah Rasulullah, akhlak, fiqh & etc etc kan? And, sampai sekarang apa yang di ajar masih melekat dikepala aku ni. Cuma bahasa arab dah lupa sikit-sikit. hikhik 

Semua yang di ajar masa sekolah agama adalah tentang basic sahaja. Basic tajwid, hukum-hakam yang mudah dan lain2. Walaupun just basic je, tapi aku rasa benda ni sangat penting untuk kanak-kanak. Atleast dia tahu nak beza mana baik & mana buruk, mana perlu diikut & mana tak perlu diikut.

Sebagai contoh, sekarang kan aku ada buat kelas tuition for kids around 6-12 yeras old. Kira untuk budak-budak elementary school lah.
 ----------------------------------------------------------------------------------------
Situasi 1 :
Si Fiena (darjah 2) ni biasa bila datang tuition, memang tak pakai tudung. Cuma pakai biasa-biasa je (tshirt + seluar panjang). Then, satu hari ni tiba-tiba dia datang tuition pakai tudung, baju pon sopan. Aku pun pelik sebab tiba-tiba je. 

Aku : Eh? Kenapa hari ni tiba-tiba Fiena pakai tudung?

Fiena : (Sengih-sengih) Semalam ustazah kat sekolah agama cakap perempuan wajib tutup aurat. Aurat perempuan dari hujung rambut sampai hujung jari kaki. Kecuali muka dan tapak tangan. 

Lepas tu tetiba si Alya (darjah 2, sepupu Fiena) sambung.

Alya : Haah, ustazah cakap kalau tak tutup aurat nanti masuk neraka pastu Allah bakar rambut dia dengan api neraka. ishh, takutnya!

-------------------------------------------------------------------------------------------

Situasi 2 :

Perkara ni berlaku masa aku kerja kat kedai baju area rumah aku. Masa tu ada lagi dua orang pekerja lain yang kerja kat kedai baju tu. Tapi dorang dah kira senior lah. Nak dijadikan cerita, kedai baju tempat aku kerja tu selang 3-4 kedai (ingat2 lupa) dari kedai jual nombor ekor. Memang selalu lah nampak manusia-manusia bukan Islam beli nombor. Yang Islam tak tahu lah pulak kann. Kebetulan, pekerja senior India kat kedai baju tu selalu beli nombor. So, aku pon ambik kesempatan tanya dia apa yang patut. Bukan tujuan aku nak main nombor jugak eh. Haram tahu ! 

Aku : Thilaga, you main nombor ni penah kena ke?

Thilaga : Penah, dulu satu kali. Saya kena 5 ribu. saya share sama amma.

Tengah syok sembang2 dgn Thilaga pasal kemenangan dia, tiba-tiba senior lagi sorang datang menyampuk. 

Kak Z : Huiyoo. Syok tu. Kalau menang lagi banyak lagi best. Kalau akak menang akak nak beli kereta satu. Tak payah pinjam orang lagi. 

Aku dah pelik kenapa Kak Z cakap macam tu. Cara dia cakap macm dia pernah join game nombr ni. Jadi aku pon ape lagi. Korek lah rahsia dia.

Aku : Errr, Kak Z penah main ke?

Kak Z : Tak penah. Boyfriend akak yang main.Dulu dia penah menang dekat 10k jugak lah. Duit tu kitorang guna shopping bla bla bla bla bla.

Aku : Boyfriend? 

Kak Z : Haah, kenapa?

Aku : Orang Islam mana boleh main nombor kak. Tu judi. Haram. Kalau kita guna duit tu dikira kita makan duit haram.

Kak Z : Memang lah haram. Tu kalau kita guna untuk makan. Kita jangan lah guna duit tu untuk makan, kita gunalah buat beli benda lain. Kereta ke, rumah ke bla bla bla bla. Tu takpe laaaa.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Mase tu aku dah tak reti nak cakap ape. Rase macam nak menagis pon ade. Betapa ceteknya pemikiran dia tentang hukum hakam. Bukan aku nak cakap aku dah cukup bagus. Tak ! Tapi soal duit yang kita dapat daripada hasil judi dah terang-terang hukumnya haram. 

So, nampak tak apa yang aku nak sampaikan tentang asas agama yang sangat-sangat penting ni? Nampak tak beza pemikiran kanak-kanak kecik yang bersekolah agama (ada basic) & perempuan dewasa yang takde basic langsung? Tersangat lah berbeza! T__T

Muhasabah,
Hanani Nadri :')

4 Golongan Lelaki Yang Masuk Neraka Kerana Seorang Wanita

Assalamualaikum semua.

Entry ni adalah entry curi-curi masa tengah kerja. Biasalah  macam biasa dah terbiasa tinggalkan blog lama-lama tak berhapdate. Nasib baik kat office tadi takde banyak kerja sangat. Bolehlah aku lepas rindu nak apdate kejap. Tu pon cilok entry orang lain. Eh, bukan cilok. cuma copy je. HEHE Benda baik kena share kan? Bukan diperappp pap pap. Peace yaww! 

Panjang sangat mukadimahnya. So, tadi masa tengah main tenet jap tetiba aku tertarik dengan satu artikel ni. Pasal golongan lelaki yang check in neraka jahannam sebab seorang wanita. Yaaaa WANITA ! Let's check it out !

1) Ayahnya
Apabila seorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya ke neraka jahanam.

2) Suaminya
Apabila serang suami tidak mempedulikan tindak-tanduk isterina. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang yang alim (solat tidaj bertangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka jahanam.

3) Abang - abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke atas abang - abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya ke neraka jahanam.

4) Anak Lerlakinya
 Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya. 

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malahan di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar. 

Firman Allah SWT : -

Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda…kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.





Sekadar Renungan,
Hanani Nadri :')










Mana Boleh Bersalam

Asslalamualaikum uolls :)

*masih menggunakan perkataan 'ai' sebagai kata ganti diri akibat masih berbangga dgn entry yg lepas. hikss

Nampak tak ai esaited gila hapdet blog hari ni? Ni lah padah bila mood rajin datang, lagi-lagi bila ditambah dengan mood bangga. Kalau boleh berjuta-juta entry ai nak post. kahkahkah Okay uolls, ai sengaja buat entry pepagi buta ni sebab ai nak uolls yang jenis tidur pukul 3 4 pagi then bangun bila matahari nak tenggelam balik tu gunakan masa yang uolls ada tu dengan baca entry ai. Baik tak ai? hahaha atleast, berpekdah lah jugak dari uolls online 24 jam chat dengan tah sape-sape, skype dengan gulpren/boypren and etc. Kan kan kan?

Okay uolls, ai tahu ada di antara kita ni kurang arif dengan hukum hakam kan? Ai pon sama. Ai tak berapa arif tentang hukum hakam. Setakat yang kecik-kecik boleh lah. So, di sini ai nak share something yang sangat berpekdah malahan wajib kita tahu sebagai umat Islam. Its about siapa yang kita boleh salam or tak boleh salam bila kita nak bersalaman. Paham tak maksud ai? Ai tak reti pulak nak buat ayat supaya uolls paham. Maaf lahh ;')

Contohnya macam ni, bila uolls balik kampung or gathering dengan family besar uolls. Selalunya sebagai penghormatan, uolls akan bersalaman dengan sedara mara uolls kan? Tak kira lah sepupu lelaki/perempuan, pakcik, maksik and so on. Kadang-kadang kita tak tahu orang yang kita salam tu sebenarnya bukan mahram kita. Termasuklah ai. Ai pon kadang-kadang terlepas perkara-perkara macam ni. So, lets cekidaut sape yang kita tak boleh/boleh bersalaman sebenarnya :) 

Note : Uolls, bila ai cakap salam, tu tak bermakna uolls boleh buat benda lain selain bersalaman je tau. Perkara ni termasuk lah dalam pergaulan. Faham kan?

Note : Lagi satu uolls, bersalaman yang ai maksudkan tu ialah shake hand dalam bahasa orang putihnya. Bukan salam yang Assalamualaikum tu. Yang tu takde masalah :)

Okay, teruskan..







Rasanya, lepas ni kita semua boleh berhati-hati kan? Kalau sebelum ni kita main salam je dengan sepupu sepapat kita, lepas ni tak boleh okay. Ai pon macam tu jugak. Dulu ai salam je dengan sepupu lelaki ai. Yelahh, family kan. Weolls memang rapat dari kecik. So, sebagai tanda hormat lah. Sekarang ni kene cuba elakkan. Bukan elakkan diri dari jumpa dorang tau. Tak baik. Macam putuskan silaturrahim pulak. Kita carik inisiatif lain. Contohnya, kita bagi senyuman paling manis sebagai pengganti salam. Okay jugak tuuuu :) 

Okay uolls ai dah mengatukss esok ai ada kelas pukul 8pagi. Ohh, jangan lupa baca doa sebelum tidur. heee Nanti kalau ai rajin, ai hapdet lagi eh? Sebelum tu, ai nak kasi hadiah sikit kat uolls...........................................



nahh kisss sikit. kehkehkeh :P

asslalamualaikum


love, 
Hanani Nadri :)


Percubaan Pertama Menjadi.

Assalamualaikum semuaaaa.

Hoyeahhh. mood hari ni nak hapdet blog sangat bagus okay. Rasa macam nak hapdet 2 3 4 5 entry dalam satu hari. kahkahkah nampak tak tipunye? :P sepanjang cuti semester yang dah nak dekat 3 minggu start ni, aku macam biasa lah kat rumah apa yang boleh dibuat? makan, tidur, nengok tibi, online, novel dan lain-lain lagi. hah! nampak benauuuu pemalasnyaa -..-

Jadi, sebelum mak aku start bersyarah tanpa gaji diiringi pula dengan abah berpidato 24 jam, baik aku carik benda yang berpekdah aku boleh buat kat rumah. Nampak jugak la aku ni rajin sikit kannn. Dengan bangganya, aku gunakanlah kemudahan wifi free yang ada kat rumah untuk carik resepi-resepi yang menarik untuk aku try. Untuk kegunaan masa depan jugak sebenarnyaaa . hikss *memang bertuah sape jadik laki aku :P

Dan, ini lah hasilnya setelah ber keletang keletung di dapur yang indah *hah! baru kau sedar dapur itu indah?! dan dan je dooo :D

  Makaroni bakar made by Hanani Nadri :) yehuuuuu


*penggunaan perkataan 'aku' bertukar menjadi 'ai' (dgn mood bangga) hikhok

Bangga gila ai tau. First trial ai menjadi. Ai buat untuk 5-6 orang makan. Ingatkan tak habis, rupa-rupanya habis jugak dengan hanya 4 orang je makan. Lagi lah ai bertambah bangga. huahua walaupun hangit sikit kat belah atas, tapi sedap tauuu. Cheese dia je yang hangit ponn. Semua sebab ai terleka. Lupa pulak nak nengok oven. haihh. 

Malam tu, macaroni yang ai rebus ada lagi dan sayang pulak kalau nak biar je dalam fridge. So, mak ai soh buat lagi macaroni bakar ni and esok boleh bawak balik kampung bagi atok nenek rasa. huahuahua 867 kali ai terasa bangga. Dengan lelajunya, ai ke dapur yang tercinta dan start belagak chef. Kali ni ai tak nengok resipi dah, bajet semua dah ingat dalam pale otak. hikss

Seriously ai cakap uolls wajib try buat. Lagi-lagi gegadiss kat luar nun. Jejaka pon bolehh jugak takde masalah. Rasa berbaloi tau kalau kita masak sendiri kat rumah, jimat duit hoyy. Kalau makan kat luar, mahu 20 hengget melayang untuk hidangan ni je tak termasuk air ye dak? Kalau masak sendiri kat rumah boleh makan puas-puas. HAHA So, ai cadangkan uolls memang kena try okay. Untuk resepi, nanti ai kasi masa next entry. Tu ponn kalau ada permintaan laaaaa XP

p/s : Macam biasa, entry masa cuti sem mesti ai tulis pasal apa yang ai masak. hehe

Ai, 
Hanani Nadri :)

Ketua Bidadari Paling Cantik.

Assalamualaikum,

Tak tahu sebenarnya nak buat mukadimah apa. Almaklumlah, bertahun tak hapdet blog. huahuahua Okay, berbalik pada tajuk entry aku pada hari yg mulia ini, 'Ketua bidadari paling cantik'. Siapa sebenarnya? Nak tahu? Terus baca entry ini yerrr? Cekidaut :D












Sangat memberi pengajaran cerita ni kan? Dah tahu siapa yang akan menjadi ketua bidadari paling cantik di syurga nanti? 

Dear my future husband,
Semoga engkau boleh mendidik keluargamu dengan baik dan selamat dari api neraka :)

Dear wanita,
Semoga kita menjadi isteri yang solehah kepada suamimu.
Semoga kita menjadi ketua bidadari paling cantik di syurga nanti :)
Dan ingat,
Kecantikan abadi mu adalah hanya untuk suamimu.

Ikhlas,
Hanani Nadri :)

kenapa putus kawan?

assalamualaikum.

Fuhhhhhhh. Semangat gila update blog pagi-pagi buta sambil mendengarkan lagu aishiteru dari kumpulan Zivilia. Sangat tenang gituuuu. Lagi tenang dan meremang bulu roma kalau dengar lagu 'meniti di alam barzakh'. Insaf den. Lagu tu memang best. Sila hayati liriknya betul-betul :')

Okay, cukup pasal lagu. Sekarang nak cerita sikit pasal 'putus kawan' . Paham tak apa maksudnya? Senang cerita putus kawan ni maksudnya lebih kurang dengan putus saudara. Cuma perkataan ni kita ucapkan dalam kalangan kawan-kawan kita je. Penah ke orang cakap putus kawan dengan ayah sendiri? Rasanya tak pernah. hek!

So, kejadian putus memutus kawan ni baru je terkena pada diri aku sendiri. Bukan diri aku sorang je. Tapi dengan kawan-kawan yang lain. Semuanya 4 orang yang terkena. Macam ni lah, aku tak nak and tak suka nak bukak aib orang lain lagi-lagi nak cerita pasal masalah yang aku rasa benda ni berlaku atas sebab yang saaaangat kecik. Sangat tidak matang yer tuan-tuan dan puan-puan sebab yang 'beliau' bg kenapa dia nak putus kawan dengan kita orang. Tidak boleh diterima dek akal !

Straigh to the point. Korang rasa atas sebab apa kita ungkapkan perkataan 'putus kawan' tu ? Boleh tolong senaraikan sebab-sebabnya? Mungkin ada sebab-sebab yang buat kita sangat marah dan tak boleh nak maafkan kawan kita tu. Daaaannnn, ada sebab-sebab kecik yang tak masuk akal sampai terungkapnya perkataan 'putus kawan' ! Aku tengok persahabatan zaman kita sekarang ni banyak yang tak kekal lama. Bukan setakat percintaan je tak kekal lama okay. Persahabatan pon tak kekal lama. Mungkin ada sebab-sebab tertentu yang membuatkan persahabatan yang kita jalinkan putus di tengah jalan. Ecehhhhhh :P

Bagi pendapat aku, persahabatan yang dah terjalin di antara kita dan kawan-kawan yang lain mesti ada niat yang betul. Terutamanya, kita niatkan persahahabat itu kerana Allah. Persahabatan yang terjalin kerana Allah, insyaAllah akan lebih dilindungi dan dijaga rapi. Keduanya, persahabatan yang terjalin mestilah ada niat yang baik. Bukan kerana dengki, dendam atau ada udang disebalik mee goreng mamak. Kalau macam tu lah jadinya, memang confirm persahabatan tu sekerat jalan je. Seterusnya, dalam bersahabat kita mestilah dan wajib menerima kawan kita tu seadanya. Terima segala kekurangan dan kelemahan yang dia ada. Kalau boleh, kita sama-sama bantu dia untuk cover semua benda tu. Itulah sahabat sejati :')

Jangan pulak kita bersahabat kerana kawan kita tu mempunyai banyak kesenangan. Contohnya, Joyah kawan dengan Jenab sebab Jenab anak orang kaya. Setiap hari Jenab boleh belanja Joyah makan KFC . Tapi bila bapak Jenab bankrup dan Jenab jadi papa kedana, Si Joyah terus taknak dah kawan dengan Jenab. puihhhhh ! aku kahak kang jugak Si Joyah ni !

Memang betul, dalam persahabatan pun ada pasang surutnya. Kadang-kadang ada jugak salah paham yang akan berlaku. Ingat, itu semua ujian dari Allah. Allah saje nak uji kita dengan ujian tu. Lebih tepat lagi sebab Allah sayangkan kita. Kita yang kerdil ni, jangan pulak ikutkan sangat mood marah tu sampai nak putus kawan dengan kawan kita. Tahu tak betapa sedihnya hati kawan kita tu? Nabi tak mengaku umat tau kalau umatnya suka memutus-mutuskan persaudaraan. Seeloknya, kita gunakan akal yang Allah kurniakan kepada kita untuk fikir dengan lebih baik dan matang. Carilah jalan penyelesaian yang terbaik :) 



sorry malas nak rotate. Siapa yang nak suh aku rotatekan, sila bayar! pfttt

bff kerana Allah taala :') Beb, semoga persahabatan kita berkekalan okay. Aku nak masa aku kahwin nanti korang mesti ada temankan aku. Ahakssss!




Mereka ni classmates aku. Comel-comel belaka! Kami juga bersahabat :)


And, last but not least,

SAHABAT YANG SEJATI AKAN SENTIASA BERADA DI SISI SAHABATNYA KETIKA DALAM APA JUA KEADAAN .


-moon-

Terima Kasih Daun Keladi .

assalamualaikum :)

Sihatkah semua ? lama dah tak taip sesuatu kat blog tersayang ni. almaklumlah student. santiasa sibuk. 'eh kau. macam kau sorang je student. ramai lagi student kat luar tu tapi boleh je hupdate blog. puihhhh' kehkeh aku student jenis lain. korang kene paham. apa yang lain? errr err errrrr arghhhhh ! so, entah kenapa tetiba aku jadi rindu dengan blog humble ni . eceh humble gituuuu. hikhik saje je nak buat short hupdate bagi korang lepas rindu sikit kat aku. 

Time dah nak final exam time tu jugak lah mood kau nak hupdate blog datang yerrr. memang tak boleh harap lah kau ni.

Now dah masuk bulan April. Cepatnya masa berlalu. Rasanya macam baru semalam aku daftar untuk sem 3 ni. Sedar-sedar sekarang dah dekat final exam. uhhh rasa tak fully ready lagi nak final exam ni. semoga dipermudahkan aminn :)

so kawan-kawan, doakan aku berjaya final exam nanti yer ? dann, doakan mood aku sentiasa baik untuk hupdate blog. ahakss ! jangan risau, lepas ni pasti ada entry-entry terbaru yang akan menemani anda. retis tak ayat aku ? muahaha

okay, saya akhiri entry ni dengan picture momoy. cute tak beliau tidur? :P


p/s : tunggu entry terbaru tak lama lagi :)