lagi-lagi pasal Tengku Sophia .

assalamualaikum .


sekarang memang tengah hot pasal kes Tengku Sophia hina Islam dan Malaysia dengan kata kata yang agak kesat . bukan agak , tapi memang kesat ponn . heh ! 
baru baru ni kat twitter Tengku Sophia ni ade post banyak lagi penghinaan . pasal air zam zam dan macam macam lagi . dan paling mengejutkan , dia berani menghina bapanya sendiri . astagfirullahalazim . mengucap panjang aku bila baca post post dia . 

haa . ni yang terbaru . ada banyak lagi , tapi aku malas dah nak print skrin . muak dah aku baca penghinaan dia . buat naik darah tinggi aku jeh .

bagi pendapat aku la kan , jangan di layan sangat orang macam dia ni . bila di layan , dia bertambah suka nak menghina . lagi satu , biar lah kita tegur dia dengan cara yang baik , bukan dengan makian dan kata kata kesat . tak bagus sebenarnya . memang penghinaan yang dia lemparkan tu agak melampau . tapi tak bermakna kita juga perlu mengeluarkan kata kata kesat kat dia . Islam ni agama yang bersih . so , kita jugak perlu tunjukkan teladan yang baik kat orang macam dia ni . 

 Anas bin Malik r.a pernah merakamkan bahawa: “Tidak pernah Rasulullah s.a.w melakukan perbuatan keji, tidak pula kotor lidah (suka mengutuk) dan tidak pula mancaci maki. Ketika seseorang mencela baginda sebagai seorang yang kotor (berdebu) kerana banyak (sujud), baginda hanya mengatakan apa yang dia miliki.” Rasulullah s.a.w adalah seorang yang benar-benar memelihara lisannya. Sekalipun terhadap orang-orang kafir yang menentang dakwahnya. Baginda tidak mudah mengeluarkan kata-kata laknat atau menyakitkan hati.


Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 156
Maksudnya : " (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan (musibah) mereka berkata (sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali) "


 penghinaan terhadap agama Islam dan Malaysia yang di lakukan oleh Tengku Sophia ni adalah satu ujian bagi kita sebagai umat Islam . seharusnya kita tidak cepat mengalah dan tidak cepat melatah dengan ujian ni . same same lah kita berdoa memohon kepada Allah SWT semoga Tengku Sophia di kurniakan hidayah . amin :') 

ohh yaa , ada jugak yang cakap sebenarnya Tengku Sophia tu bukan nama sebenar dia . dia cuma guna nama Tengku Sophia tu untuk mengelakkan diri dia dikenali . gambar di account twitter dia tu pon bukan gambar dia . dan ada jugak yang cakap , dia bukan rakyat Indonesia , tetapi rakyat Malaysia sebab penggunaan kata dia kat twitter tu memang macam orang Malaysia . wallahualam :) 

till then , 
Hanani Nadri :)